Program team-building selalu sahaja dikaitkan dengan aktiviti lasak
seperti berkanu, menyeberang anak sungai deras dengan tali, berakit, dan
meredah semak malam-malam, dan lain-lain akttiviti seperti itu.
Apakah hipotesis di sebalik aktiviti lasak seperti itu, dan apa perkaitannya dengan objektif mahu memperkuatkan team yang lemah?
Salah
satu faktor yang menyebabkan sesuatu team itu kuat adalah disebabkan
kombinasi anggota team itu terdiri daripada mereka yang memiliki
bakat-bakat adalah betul.
Jadi, team mungkin lemah
disebabkan mereka yang duduk dalam team itu tidak dipilih dengan betul.
Penyelesaiannya adalah dengan ketua team melakukan audit bakat ke atas
anggota teamnya, dan kemudian menyusun semula keanggotaan team.
Menjalankan
aktiviti team-building keluar masuk hutan ataupun membina rakit buluh
adalah sia-sia apabila kelemahan team itu berpunca daripada kesilapan
memilih kombinasi bakat dalam team.
Bagi mencapai target kerjanya, angota-anggota team mesti terdiri daripada kombinasi bakat-bakat di bawah:
1. Bakat berfikir secara kreatif
Kelebihannya yang dimanfaatkan: Individu
yang kreatif dapat mengemukakan idea bagi menyelesaikan masalah yang
payah, yang belum pernah dialami oleh anggota team..
Kelemahannya yang diizinkan:
Lazimnya individu ini kurang mahir berkomunikasi dengan rakan-rakan
sejawat. Dia juga tidak pandai mengurus orang-orang lain dalam
pasukannya.
2. Bakat mendapatkan peluang sumber kerja
Kelebihannya yang dimanfaatkan: Inividu
jenis ini banyak tenaga, penuh bersemangat, pandai berkomunikasi, suka
bergaul dan pandai menjalin rangkaian persahabatan, suka mencari
peluang-peluang baru.
Kelemahannya yang diizinkan:
Lazimnya individu ini cepat hilang minat pada sesuatu kerja. Dia hanya
bersemangat berkobar-kobar selagi sesuatu idea itu masih baru dimulakan.
3. Bakat menyelaraskan kerja-kerja
Kelebihannya yang dimanfaatkan:
Individu jenis ini memiliki personaliti matang, percaya-dirinya tinggi,
dihormati oleh anggota team, pandai bekerja dengan rakan sepasukan,
cekap menjalankan sesi perbincangan dan mesyuarat, mahir menerangkan
tujuan dan matlamat kerja dan sangat mementingkan keputusan.
Kelemahannya yang diizinkan: Lazimnya individu jenis ini bukan orang yang paling pintar ataupun paling kreatif.
4. Bakat membentuk kumpulan, carakerja dan manusia
5. Bakat memonitor dan menilai kerja-kerja pasukan
6. Bakat bekerja dalam kumpulan
7. Bakat melaksanakan rancangan kerja
8. Bakat menyiapkan kerja
-----
Nota: Tuan dapat menerima semua posting dalam blog ini dengan menuliskan alamat emel tuan dalam jendela yang disediakan.