Mesyuarat yang tidak efektif adalah salah satu simptom bahawa sesuatu team itu sangat lemah. Bagi memperkuatkan team itu, metod dan prosedur kerja secara berkumpulan perlu diperbaiki.
Tindakan intervensi yang perlu dilaksanakan bagi menguatkan team yang lemah adalah seperti berikut:
1. Dari masa ke masa ketua team perlu menilai semula peranan yang dimainkan oleh setiap anggota team, supaya masing-masing tahu sama ada peranan mereka perlu berubah ataupun tidak.
2. Kursus komunikasi perlu diberikan kepada anggota team bagi meningkatkan skill komunikasi masing-masing supaya apabila mereka bercakap orang mudah faham.
3. Prosedur mesyuarat perlu diperkemas dan masing-masing anggota team mesti tahu prosedur mesyuarat yang betul.
4. Ketua team yang juga lazimnya menjadi pengerusi mesyuarat perlu belajar skill mengurus masa dan produktiviti mesyuarat.
5. Semua anggota team perlu meningkatkan skill menyelesaikan masalah.
-----
No comments:
Post a Comment